Sunday, December 20, 2009

Refresment Pen Pengurus PJK Rintis

Assalmualaikum..

Agak lame gak erk farah x update blog nie... hehe.. bukn xder mse tp sedikit malas jew...pas2 xder plak bahan yg nk dikongsi... bytheway 14hb-17hb dis 09 ari 2 bru je pas g refresment asstn manager tuk fasa rintis.Lokasi die di Holiday villa Hotel,subang ..yg terdiri dr asstn yg lapuk hehe farah, k.isz, k.yati, sheikh,din, diikuti along(afif), man + asstn yg bru marlina, k.fizah, adi shah, amin n qayyum.. meh tgk sikit gmbr2 yg fara amik time kt cane....























Monday, August 31, 2009

SALAM KEMERDEKAAN

MERDEKA !!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Sunday, August 16, 2009

RAMADHAN MENJELMA LAGI

(salam)
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK"


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.


H1N1???

Semakin kita sedari kini pelbagai wabak penyakit kian menular. Pelbagai langkah pencegahan dan langkah awal perlu dilakukan bagi mengelakkan wabak penyakit tersebut.Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang sangat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda atau kaya miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah ujian Allah SWT kepada kita.

Saturday, July 11, 2009

PROGRAM FESSTIS

PROGRAM FESTIVAL SAINS TEKNOLOGI INOVASI SELANGOR - FESSTIS



Program Fesstis 11 Julai 2009 (Sabtu)






Program Fesstis 12 Julai 2009 (Ahad)





Sunday, July 5, 2009

PROGRAM FESSTIS

Bermula dr 27&28 hb Jun 2009 (sab2&ahad) telah brlangsungnya satu Program Kemahiran dan Pembangunan ICT Daerah Kuala Langat , di PusaT JaluRlebar Komuniti Tg Sepat.. melibatkan AJK JKKK sekitar Kuala Langat.. Program ini melibatkan 5 DUN di Kuala Langat.
















Berikut antara gambar semasa Program sedang dijalankan pd 4hb & 5hb Julai 2009 (DUN MORIB)


(antara peserta2 dan fasilitator 4hb Julai 09)




(antara peserta2 dan fasilitator 5hb Julai 09)



Tuesday, June 16, 2009

Cara-Cara Nak Cover Malu ...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bangun bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah
yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang
menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan... .

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah
kuat-kuat.."oii !! apa tolak-tolak ni?"
walaupun tiada orang di blakang anda... .

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai
malam dan takde orang lagi kat bus stop tu... haa... ni lah masa
sesuai untuk bangun semula... .

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau
sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama
supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu

Kod B*B* Pada Makanan

from :: Dr. M. Anjad Khan ..... Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Melihat ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut (pengankutan air). Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya. .

Saat perusahaan produksi ditanya oleh pihak terbabit dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana penjualan ke negara Islam boleh mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk ubat gigi, sejenis gula-gula, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan memeriksa kod tersebut dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280,E 300, E301, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904, E 920

(kita sebagai umat islam setelah mengetahui akan perihal berikut.. masihkah tetap akan menggunakan produk2 yg haram... sekali pun kita hanya was-was, ia pn mnjadi haram. Demikian kini sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari yg halal)

(BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS)


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold" .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).


Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.


Satu Pukulan Tiga Jawapan

Pada suatu hari, tiga orang kafir zindiq melihat seorang tua sedang tidur di bawah sebatang pokok. Mereka berpakat untuk mengganggunya. Mereka kemudian membangunkan orang tua itu dan mengajukan soalan-soalan berat untuk dijawabnya.

Tanya si kafir zindiq pertama " Saya tidak dapat melihat Allah, bagaimanakah saya mesti beriman kepadaNYA?"

Kafir zindiq kedua pula berkata " Bagaimana Allah boleh menghisabku dan menjatuhkan azab kepadaku? Bukankah semua amalanku telah ditakdirkan olehNYA?"

Yang ketiga pula mengajukan soalan " Bukankah jin itu diperbuat daripada api? Bagaimana dia boleh diseksa di dalam api?"

Mendengar soalan-soalan tersebut, orang tu itu mengambil tanah liat untuk memukul mereka. Bagaimanapun tindakan orang tua itu menyebabkan dia ditangkap dan diadukan kepada hakim.

Di hadapan hakim, orang kafir zindiq itu berkata " Kami mengajukan tiga soalan kepada orang tua ini, tetapi dia tidak menjawabnya, sebaliknya bertindak memukul kami dengan tanah liat."

Maka hakim itu pun bertanya " Mengapa kamu memukul mereka bertiga? Malah tidak menjawab soalan mereka?"

Jawab orang tua itu " Saya telah menjawab soalan-soalan mereka. Orang yang pertama menyatakan dia tidak beriman kepada Allah kerana tidak dapat melihat Nya, lantas saya memukulnya." '

Kata orang itu " Ya, kamu telah menyakitiku"

Balas orang tua itu " Apabila kamu berasa sakit, maka di manakah sakit itu? Selama saya tidak dapat melihat rasa sakit itu, maka bererti kamu tidak sakit"

Kata orang kedua pula " Tetapi kenapa kamu memukul aku juga?"
Jawab orang tua itu " Awak bertanya bagaimana Allah boleh menghisab amalan kamu yang telah ditakdirkan olehNya. Dan Allah telah mentakdirkan bahawa saya harus memukulmu, maka kamu mengeluh?"

" Dan, orang ketiga telah bertanya kepadaku bagaimana Allah menyeksa jin di dalam api neraka sedangkan mereka diperbuat daripada api. Maka saya memukulnya juga."

Kata org itu "Awak telah menyakitiku." Lantas dijawab oleh orang tua itu " Bukankah awak diperbuat daripada tanah liat? Bagaimana sekeping tanah liat boleh menyakitimu? Begitu jugalah dengan cara penyeksaan Allah terhadap jin dengan api neraka, sedangkan mereka diperbuat daripada api."